Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 8, 2011

Cintaku tak pudar

Assalamualaikum,

Terharu sungguh bila baca berita kat metro ari nie...payah nk  jumpa seorang lelaki yang betul2 baik mcm gini. Harap2nya biarlah hati sang suami itu...terus berkekalan begitu,janganlah hendaknya diduga hatinya dengan dugaan yang berat.

CINTA KU TAK PUDAR

DUNGUN: “Saya memohon dipanjangkan jodoh dan dikuatkan semangat untuk terus menjaganya hingga akhir hayat,” kata Yuslaizan Yusof, 31, yang tabah menjaga isterinya, Mariam Mohamad, 27, yang kehilangan kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan.
Menurutnya, cintanya bersemi sejak dua tahun sebelum mereka mengikat tali pertunangan selepas dipersetujui kedua-dua keluarga.

“Selepas setahun bertunang, isteri terbabit kemalangan pada 7 Mac 2007, kira-kira jam 10 malam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Paka dan doktor memaklumkan kaki kirinya terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Nyior, Paka, semalam.
Katanya, dia menerima berita sedih itu beberapa hari sebelum melangsungkan perkahwinan, namun tabah menghadapi dugaan itu walaupun mengetahui bakal isteri akan kehilangan kaki hingga pangkal paha.

“Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan dan selama 42 hari berada di hospital, saya setia di sisinya termasuk menyuap makan minum, memakaikan baju dan memberi sokongan moral kepadanya,” katanya.

Dia yang ketika itu tinggal di Kuala Terengganu berkata, dia terpaksa melakukan perkara itu memandangkan keluarga Mariam susah dan tidak mampu berulang alik ke hospital yang jauh.

“Selepas dibenarkan pulang ke rumah, bakal isteri ketika itu mula membuat ‘perangai’ dan mendesak kami supaya berpisah kerana mendakwa dia tidak mungkin akan dapat membahagiakan saya seperti isteri lain.

“Biarpun keadaannya begitu, perasaan kasih dan sayang terhadapnya tetap utuh dan jika malu, sudah lama saya memutuskan pertunangan, malah ramai juga rakan meminta saya berfikir dua kali, namun saya tetap meneruskan hasrat itu dan akhirnya kami selamat bernikah pada 29 Jun 2007,” katanya.
Menurutnya, ketika bekerja di sebuah syarikat petrokimia di Kerteh, dia terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya sebelum mengambil keputusan bekerja sendiri untuk mudah berulang alik menjenguknya.

Sementara itu, Mariam berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan sanggup berkorban demi menjaganya meskipun dia tidak lagi seperti dulu.

Menurutnya, perasaan kecewa sesekali menusuk jiwa setiap kali melihat segala kerja rumah terpaksa diuruskan suami, namun kasih sayangnya semakin menebal terhadap suaminya.

Diharapkan semoga pasangan suami isteri ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka...AMINNNNNNNNNNNNNNN. 

Artikal dipetik daripada Harian Metro 08/02/2011

6 comments:

FadhDeela said...

alahh sweet nyer!! kak tukar kaler font tu.. :) pening kpala den kaler merahh

Meh singgah: Safee Sali Berhijrahhh!!

ShaZa's said...

Sweet kan mamat tu... hahahaahhahaha....sakit palaaa ekk...
sajeee kasi membaraaaa kaler dia ngehngehngeh

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Wah...best la,,,ZYASH suke bab2 kerja nganserver2 n Ip add ne.,. Akak jom join ne..HEARTBEAT

HEARTBEAT Tambah Pendapatan Selain Nuffnang

INCOME HEARTBEAT SETELAH 2 HARI

ShaZa's said...

Zyashh..pun IT gak ker
akak da join da Hearbeat tu haa...rsnya xsilap akak amek dr Zyash nyer la heartbeat tu ha hehehehe

King Of Single said...

ok ke heartbeat kak??

ShaZa's said...

Ekyn: Ntah la..baru2 lg registernya.. lom buat ape2 pun lg..