Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 17, 2011

Abg Kpd Seorg Pelakon Tempatan Mati Dibunuh!!!!!!!

GEMPARRRRR!!!! Abang kepada seorang pelakon tempatan telah mati dibunuh? Aku tertanya siapakah Pelakon itu. Setelah mendengar  berita diradio pagi tadi otw gi opis..ghupernya abg kepada Pelakon Janet Khoo yang mati dibunuh. Korang kenal x Janet Khoo ni siapa, incase sesape yg terlupa muka dia.. 
haaa ini lah dia Janet Khoo, dia ni agak lama dah menyepi dr dunia hiburan. Da lama xnmpk dia berlakon. Berbalik pd cite abg dia kan, apsal laa kena bunuh ekkk.. abg dia dijumpai diikat kaki dan tangan dan digulung dlm tilam kat pangsun sana.
Agak2nya kongsi gelap ka..ah long ka...atau dendam ka..kan xtau lah kan, pasti Janet Khoo dan family dalam keadaan bersedih sekarang nie. Condolence to Janet Khoo and Family. 


KUALA LUMPUR 16 Mac – Abang pelakon dan model popular, Janet Khoo ditemui mati dibunuh dalam keadaan badannya dibalut tilam manakala kakinya pula diikat di kawasan semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat, dekat sini.
Menurut sumber, mayat Khoo Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan dari Kulim, Kedah, ditemui seorang lelaki yang terhidu bau busuk di kawasan tersebut pada pukul 11.40 malam, 6 Mac lalu.
Katanya, orang awam yang pada mulanya menyangka bau itu berpunca daripada bangkai haiwan bagaimanapun terkejut apabila menemui kaki manusia sebelum menghubungi polis.
“Difahamkan sebelum kejadian mangsa terlibat dengan satu pergaduhan dan kes itu dipercayai bermotifkan dendam.
“Mangsa dipercayai mati lebih daripada dua hari berdasarkan keadaan mayatnya yang berbau busuk.
“Kim Leong dipercayai dipukul, dicekik dan dipijak berdasarkan kesan lebam di beberapa bahagian badannya lalu dicampak di kawasan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Janet Khoo ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian abang sulungnya daripada tujuh beradik.
Beliau yang masih bersedih dengan kejadian itu enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Sumber itu seterusnya berkata, setakat ini polis telah menahan dua suspek bagi membantu siasatan dan mereka mengenali antara satu sama lain.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

3 comments:

n!ny_la!ho said...

kes gengster k0t nih...

ShaZa's said...

hmmm...mungkin juga laaa ...

King Of Single said...

errr sy duk selongkar blog akak ni..baru taw...huhu....;)